Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Rabu, 15 September 2010

27 Ramadhan: Daging Merah

Bahan2

200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul.
Dua sudu besar pewarna merah (star brand)
1 inci halia di ketuk
2 batang serai dititik
3 ulas bawang putih di ketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiramGaram sesedap rasa.

1 labu bawang besar holand dibelah 8
2 senduk air rebusan daging
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah

garam
gula
perasa
minyak masak

Cara2
Rebus daging bersama halia, serai dan pewarna merah hingga masak. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.
kalau suka garing boleh goreng lama sikit. panaskan 3 sudu besar minyak masak. tumis bwg putih hingga kuning. masukkan semua sos2. masukkan daging goreng dan air rebusan daging. masukkan garam, gula dan perasa. masak hingga kuah agak pekat.

26 Ramadhan: Tom Yam Putih

resepi ni akak mintak ngan tukang masak restoran yang akan keje masa muda2 dulu


Bahan-bahan
1.2 liter air beras (simpan air yang kita cuci beras tu)
1/2 cawan isi ayam
6 ekor sotong
7 ekor udang
5 batang serai -dititik
4 batang daun limau purut
1/2 batang saderi - dipotong
1 inci lengkuas-diketuk
3 ulas bwg putih -diketuk
1 hiris halia
2 biji tomato dibelah 4
1/2 batang carrot -dipotong
1 biji bawang besar holland -dibelah 8
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
2 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu teh kicap sotong
4 biji cili api -diketuk

hiasan
daun ketumbar -dipotong halus


Cara-cara
1) Didihkan air. Masukkan serai dan ayam.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Akhir sekali tutup api dan masukkan air perahan limau nipis. tabur daun ketumbar. Sedia dihidangkan.

25 Ramadhan: Ketupat Palas


Practice untuk raya nanti..

Bahan2
1 kg beras pulut susu ( pulut biasa pun ok)
200 g santan pekat
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula (kalau tak nak letak pun boleh)
3 pelepah dauh palas (di buka dan digulung- tulang daun di bahagian dalam gulungan)

cara
beras pulut direndam semalaman.
toskan dan kukus hingga betul2 masak. Campurkan santan dan garam . kacau hingga garam larut. santan akan betul2 masin. masukkan pulut yang masih panas kedalam bekas tuang santan sikit2 beselang dengan gula. kacau hingga pulut berminyak. bungkus dlm daun palas. simpul dan potong lebihan daun. susun lebihan daun tadi dalam periuk (untuk mengelakkan ketupat hangus) . masukkan ketupat. masukkan air separuh drpd katupat. rebus hingga air kering.

akak suka kalau ketupat tadi di buang daunnya dan di goreng pulak sebelum makan. Mak akak suka masukkan jagung atau kacang merah kat dalam ketupat ni. sedap jugak..

24 Ramadhan: Puding Cocktail



bahan2
1 paket agar-agar (RM 1.80)
2 gelas air
1 tin susu cair
1 tin Fruit cocktail (asingkan sirap dan buahnya)

gula (ikut Citarasa masing2)

Cara2

masak agar2 dan air kedalam periuk. masak hingga agar2 betul2 larut. masukkan gula. bila gula dah larut masukkan sirap fruit cocktail. biarkan mendidih seketika. pastu masukkan susu cair. kacau sedikit dan masukkan buah-buahan tadi. kacau sikit, padam api. tuang dalam bekas. ikut suka bekas camner pun. sejukkan hingga beku.

Isnin, 13 September 2010

23 Ramadhan: Ikan Singgang

bahan2
1 ekor ikan tongkol dipotong dan dibersihkan
1 inci kunyit*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
2 keping asam keping
garam
perasa
air

methods
mayang bahan2 *. masukkan semua bahan dalam periuk. masak hingga kuah tinggal separuh ikan. kalau nak pedas, masukkan 3 tangkai cili api. ikan singgang memang sedap kalau dimakan bersama budu... 1st class gitu

Tak Boleh Jadi Ni!

Nama saya Muhammad Afy Qusyairie bin Ali. Saya ada citer nak bg tau.



Ini botol susu Afy. Dulu Afy minum susu Anmum Essential. Tapi sekarang mama dah tukar susu lain plak, dutch lady 123 coklat.

Ini tidak adil!!! kenapa bagi Afy susu lain?!

Tapi susu baru ni pun sedap jugak rasa dia. Boleh lah....

Afy mesti buat sesuatu untuk meluahkan perasaan tak puas hati.


okey!! dah dapat idea!

Line clear........

he.. he.. he..

Afy nak pancitkan tayar lori papa..

Susah jugak nak pancitkan tayar lori yer..

Kita minum dulu!!! sambil2 tu Afy fikir plan B plak

Isnin, 6 September 2010

22 Ramadhan: Ayam Percik Nenek Afy

Bahan-bahan

1 ekor ayam yang di buang kulit (potong 4 dan kelarkan sikit) dilumur dengan sedikit garam dan kenyit serbuk. perap 1/2 jam.
200ml santan pekat
4 ulas bawang merah*
2 batang serai*
1/2 inci halia*
1 sudu besar cili giling
1 sudu teh asam jawa (jangan bancuh ngan air)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
perasa

Cara-cara

tumbuk bahan* hingga lumat. satukan bahan kisar, santan cili, asam jawa, gula, garam dan perasa. Panggang ayam hingga masak. kalau kita tak buang kulit ayam nanti ayam jadi hitam. kalau tak caya, try le..tuang kuah tadi atas ayam panggang. tuang sikit2. pusing belah satu lagi, tuang pulak sikit. ulang sampai habis kuah tadi. biarkan hingga ayam nampak berkilat dan masak. seeloknya guna dapur arang. baru ada umph!! waktu kita nak tuang kuah tu, pastikan arang dah tinggal bara je. kalau api kuat lagi nanti hangus sebab kuah tu manis sikit.

Ahad, 5 September 2010

Harta Dunia

1st
Setiap kali lalu kat depan show room bmw kat simpang nak g tanjung lumpur, memang tak berkelip mata. Terbeliak lah, senang cite!

Time tu, org nak ckp ape pun tak kisah dah.
Yang penting boleh berangan nk beli keta ni... bila lah nak jadi kenyataan.

2nd
Kalau nak g berkelah memang syok kalau ada alphard. leh gi Air Terjun Panching, Pantai Teluk Cempedak... Semua orang leh ikut. ma, ayah, mak mertua, bapak mertua, anak2 buah dan sekampung lah!
Tapi kalau setakat makan gaji, buleh ke nak pakai keta ni? Tapi tak per. Usaha tangga kejayaan.


2 dalam 1

Akak confirm yang korang tahu ini ialah pengukus. Akak punye pun ada 4 item jugak
1. penutup/ tudung
2. periuk berlubang
3. periuk berlubang
4. periuk untuk air
kalau akak nak kukus ape2 kan, akak guna semua item dia.
tapi kalau akak nak bakar ape2 kan... jeng jeng jeng!!! akak tak pakai item ke empat. So sekarang pengukus dah jadi oven.. Jimat duit, tak payah nak beli oven. Leh simpan duit dlm tabung haji.

21 Ramadhan: Kek Gula Hangus Mak Long Afy

Bahan2
1 cwn gula
1 cwn air
1 1/2 cawan gandum
8 bj telur
1 sudu besar marjerin
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 tin susu pekat (suka hati korang lah brand ape pun, akak tak leh mention brand sebab dia bukan penaja. kuang! kuang! kuang!)

cara2
adunan A
goreng gula hingga hangus (dah nama goreng, pakai kuali lah cayang oiii) atas api kecik. masukkan air (korang kena pakai perisai sebab dia malatop!), kacau. bubuh marjerin.

adunan B
pecahkan telur dlm mangkuk hayun. kacau pakai garfu. kulit telur korang buang lah, jgn masuk sekali plak. taruk susu dan adunan A yang masih panas. kacau. tuang kedalam bekas yang berisi tepung gandum dan soda yang telah di ayak bersama-sama. kacau, dan tapiskan kedalam dulang pembakar (akak pakai periuk jer). bakar dlm oven selama 1 jam (hingga masak) guna api bwh jer. Cucuk ngan lidi sate, kalau melekat kat lidi tu maknanya blm masak. Cakap pasal oven, akak ade citer...

20 Ramadhan: Sotong Bakar Cepat Kaya

Bahan
sotong (suke hati koranglah nak byk mana pun)
garam
Gula

* sikit je bahannya.. sebab tu cepat kaya tapi kalau kayap jgn mkn sotong tau!!

Bersihkan sotong. toskan. gunakan hujung jari untuk masukkan gula dan garam ( sikit jer) ke dalam badan sotong. satu demi satu. masukkan kepala sotong dalam badan dia. nak bakar asing2 pun ok gak. lagi garing janggut sotong, lagi sedap. pastu bakar. silalah cuba. belum try belum tau. memang sedap lah. lebih2 lg dlm bulan pose. perut lapo pulok. beres slalu!

19 Ramadhan: Ketam Masak Lemak

bahan2
2 ekor ketam (1/2 kg)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 btg serai*
1 sudu teh lada hitam*
5 tangkai cili kering yang telah direndam*
1 ulas bwg putih*
1 labu bwg besar (sederhana)*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1/2 sudu ten kunyit serbuk
garam
perasa

cara
kisar bahan*. bersihkan ketam. sepit ketam tu ketuk biar pecah sikit, nanti senang nak mkn.
toskan. masukkah ketam dalam periuk. diikuti santan, air, bahan kisar, kunyit, garam dan perasa. masak sampai ktam masak lah.. he..he.. tak tau nak buat ayat camner. maklumlah cikgu matematiklah katakan.

18 Ramadhan: Labu Sira

Bahan2
1 biji labu (1 1/2 kg)
2 helai daun pandan
3 keping manisan ( gula melaka)
2 cawan santan pekat
1 sudu besar kapur makan
secubit garam
3 kuntum bunga cengkih

cara2
kupas kulit labu dan potong ( ikut suka lah, tapi jgn besar sgt). cuci dan rendam dalam air kapur selama 1 jam. toskan.
masukkan labu, santan, daun pandan, manisan, bunga cengkih dan garam. masak atas api sederhana hingga hampir kering kuahnya.

Khamis, 2 September 2010

17 Ramadhan: Laksa

bahan2
1 bungkus laksa EKA (laksa halus tau)
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 kg ikan selayang (direbus hungga masak dan diasingkan tulang dan isinya)
1 biji kelapa (diambil santannya, kalau boleh santan tu jgn cair sangat)
2 btg serai*
10 biji cili kering*
1 sudu teh lada hitam*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 labu bwg besar di belah 4 (pisahkan selapis-selapis)
5 helai daun limau purut
Garam
Perasa

ulam
timun 1 btg di cincang
kacang panjang di potong pendek2

minyak bwg
1 labu bawang putih (dipotong nipis2 dan ditumis hingga perang-jgn tos, biar bwg putih tu terendam dlm minyak)

cara2
rendam laksa selama 5 jam atau lebih. jerang air hingga mendidih, masukkan laksa yang telah di tos kan. masukkan soda bikarbonat. masak hingga empuk. lalukan laksa di bawah air pili. toskan.

blend semua bahan *. ketepikan
blend tulang ikan dengan sedikit air dan tapiskan. blend isi ikan dan air tulang ikan tadi. satukan santan, bahan kisar, isi ikan yg telah dikisar bersama air tulang ikan tadi, serbuk kunyit, daun limau purut, bawang besar, garam dan perasa. masak hingga mendidih.

16 Ramadhan: Sotong Goreng Mesti Cuba

Bahan2
1 kg sotong (sederhana besar)
1 labu bawang besar di mayang
1/2 sudu teh kunyit serbuk
secubit garam (sikit jer tau)
1/2 sudu perasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

cara
besihkan sotong. buang matanya.
tumis bawang besar dan kunyit sebuk hingga garing.
masukkan sotong, garam dan perasa.
masak hingga kering dan sotong garing (ikut suka lah nak garing ker kurang garing)
Pastikan sentiasa mengacau sotong kerana sotong akan meletup2 kalau kita biar cam tu jer kat atas api. setakat ni sape jer yang mkn sotong goreng ni, memang mintak resepi punyer! try lah..

15 Ramadhan: Ayam Gulai Minyak Suamiku

Bahan2
1/2 ekor ayam (sederhana besar) di potong 4
2 batang serai*
1 sudu teh beras*
1 sudu teh lada hitam*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili kering*
1/2 labu bawang besar di mayang
1 sudu besar asam jawa adabi
air (agak2 melepasi ayam)
1 senduk minyak untuk menumis
1/2 sudu teh kunyit serbuk
garam dan perasa

cara2
bahan2 * direndam selama 4 jam, tos dan dikisar (letak air sikit jer).
panaskan minyak tumis bawang besar dan kunyit serbuk hingga bawang garing.
masukkan bahan kisar. tumis hingga naik bau. masukkan ayam, air, asam jawa, garam dan perasa. biarkan hingga mendidih dan kuah tinggal separuh daripada ayam (pekat). dah masak. selain ayam boleh jugak guna daging atau ikan.

14 Ramadhan: Ayam Goreng Sedap

Bahan2
4 Ketul peha ayam
2 inci halia di tumbuk halus
1/2 peket rempah kari adabi
garam
perisa
kunyit serbuk

cara2
cuci ayam bersih2 dan toskan.
gaulkan ayam dengan semua bahan di atas.
perap selama 1 jam ( lebih kurang lah tu)
pastu goreng. sedap tau

13 Ramadhan: Mee Kari Udang


  • udang 1/2 kg
  • dada ayam sekeping (dipotong Dadu)
  • kerang 1/2 kg direbus dan dibuang kulit
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari daging Adabi (1 peket kecil)
  • cili kering yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik
  • Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api

Cara-cara

  1. Tumbuk bahan *
  2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
  3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. untuk buat hiasan tak payah buang kulitnya.
  4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, ayam, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang dan kerang
  7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
  8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Bergedil Daging


  • 2 bj kentang
  • segenggam daging cincang ramly
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

12 Ramadhan: Soto Ayam


Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup Bunjut ADABI
  • B.merah, b.putih, halia - ditumis
  • Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
  • Suhun - digoreng
  • [Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
  • [Bahan kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas b.putih
  • 1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

  1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
  3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
  4. Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
  5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
  6. Untuk resipi bergedil pula, sila rujuk resepi bergedil ye.
  7. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
  8. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.