Iini dia hantarannya. 9 berbalas 7. Yang kale pink tu Mak Su Afy punya. Mama Afy yang tak pandai ni le yang memandai-mandai buat hantaran tu.
Inilah kek pertunangan Mak Su Afy. Mama Afy yang sponsor tau!
Mak Su Afy & Bakal Ibu Mentuanya. Cantik kan Mak Su Afy?!
Mama Afy yang tengah khusyuk mendengar org berbincang pasal wang hantaran. Papa Afy?? Papa Afy jadi photographer, so tak de lah muka papa! Kecian papa Afy.
Afy Cayang. Hero mama! Makin lama makin hensem Muhammad Afy Qusyairie. Cuma rambut je tak berapa nak tumbuh.... he.. he..he.. Afy pun pakai baju melayu pink (tema majlis pertunangan Mak Su) siap dengan sampin lagi. Baju ni mama jahit masa bulan puasa hari tu.
Inilah permata hati mama & papa Muhammad Afy Qusyairie b. Ali. Dilahirkan pada 17 Julai 2009 pukul 2.12 pm di HTAA Kuantan melalui LSCS. Berat sewaktu lahir 3.2 kg tapi sekarang dah 5.5kg.
Susah betul nak tangkap gambar Afy senyum! Nampak camera je muka terus buat-buat muka! Sebijik macam papa dia.....
Sama tak muka kita orang? Semua orang cakap muka Afy cam muka mama. Tak kisahlah ikut muka sape, yang penting Afy sentiasa sihat.
1 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko 1 sudu besar soda bikarbonat
3 biji telur dipukul hingga pengsan, tak der lah, hingga kembang
cara
satukan semua bahan A dan dimasak sambil kacau sampai berbuih satukan semua bahan B dan diayak campurkan bahan A, bahan B dan telur kacau sebati (tak payah tunggu sejuk) dan kukus pastikan air dlm pengukus dah mendidih. kukus selama 1 jam. confirm jadi!! tak caya? cuba buat!
Kadang-kadang kenangan lama datang menyapa. Teringat kembali sewaktu masih di usia remaja. Teringatkan rakan-rakan bersama-sama bertungkus lumus untuk menduduki SPM 1996 di SMT Kuantan terutama rakan-rakan 5P2. Tak tahulah, masih ingat lagi kah dengan insan yang low profile ni. Ek eleh perasan lah pulak.
Buat guru-guru yang tak pernah jemu mencurah ilmu takkan kulupa semua jasamu guru. Guru kelas 5P2 Cikgu Hadzuan Harun, kat manelah agaknya sekarang. Miss Yoe takkan ku lupa. Mr Chin memang best ajar math. Sebab tu lah sekarang aku jadi cikgu math. Guru-guru pengawas Cikgu Azmi, Cikgu Yusof, Cikgu Alwi semua baik2 belaka.
Setelah hampir 6 tahun aku menanti, akhirnya penantianku berakhir dengan kehadiran seorang putera yang bagiku tiada tolok bandingnya. Kehadirannya membuat diriku kembali bersemangat dan mendorong aku membina blog ini