Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Isnin, 2 November 2009

Agar-agar Tembikai

Pernah makan agar-agar tembikai tak?!
Senang je nak buat tau
Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar (RM 3.00)
5 gelas air
6 biji telur (gred A)
100 g gula batu
200 g gula pasir
Esen vanila
Pewarna Merah
Pewarna Hijau
50 kg Kesabaran

Mula-mula masak agar2 ngan air sampai agar-agar betul2 hancusss.
Pastu masukkan gula batu ngan gula pasir, masak sampai gula hancur.
Rasa dulu r, kalau x manis tambah lah gula lagi..
Sementara nak tunggu gula hancur...
pukul telur ngan esen vanilla sampai kembang.
(amik semua putih ngan kuning telur baru jimat, skrg kan ekonomi meleset)
Masukkan agar2 yang panas tadi tu ke dalam telur yang telah kembang.
pukul campuran telur dan agar2 sampai sejuk (suam2 kuku pun boleh la)
tuang adunan ke dalam bekas setebal 1 inci
masukkan dlm peti (tempat beku) 15 saat
masukkan pewarna merah ke dalam baki adunan
pukul lagi
tuang semua baki adunan ke dalam bekas tadi
masukkan dalam peti (bukan tempat beku)
bila agar2 dah keras
keluarkan dari bekas (agar2 jadi 2 lapis, putih dan merah)
sapu pewarna hijau pada bahagian putih.
pastu potong
pastu makan
pastu three he.. he..

kalau nak lagi best kan
ni resepi lain plak
agar2 tembikai tadi jgn buat manis sangat (letak gula batu je)
kita boleh makan dengan kuah
nak buat kuah?
camni
amik susu cair campur ngan mixed fruit
potong agar2 tembikai kecik2
makan ngan campuran buah dan susu tadi
sedapppppppppppp!!!!!
kalau sejuk lagi sodap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan