Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Sabtu, 28 Ogos 2010

1 Ramadhan :Badak Berendam



bukan badak ni yang saya maksudkan... tapi kuih badak berendam

Bahan-bahan ( 20 biji )
* Bahan doh:
* 180g tepung pulut
* 2 camca air kapur makan
* 160ml air
* 1/2 sk garam
* pewarna yang kita suka
* Bahan Inti:
* 100g gula merah
* 100ml air
* 120g kelapa parut (putih)
* 1 helai daun pandan
* 1/2 sk garam
* Bahan kuah:
* 500ml santan pekat(1 biji kelapa)
* secubit garam


Cara-cara

1. Inti: Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan dan daun pandan. Kacau hingga agak kering. Biar kan sejuk
2. Doh: Gaul tepung pulut, garam, air kapur dan air secukupnya hingga doh jadi lembut. masukkan pewarna yang kita suka.gaul rata. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.
3. masukkan bebola tepung tadi ke dalam air mendidih (macam buah melaka/ondeh-ondeh). bila dah terapung angkat dan masukkan ke dalam kuah santan.
4. nak buat kuahnyer senang jer. masak santan dan garam hingga pecah minyak dan pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan