Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Selasa, 31 Ogos 2010

10 Ramadhan: Kuih Seri Muka

Bahan-bahan

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara-cara
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan-bahan
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
3 keping manisan (gula melaka) dicincang halus
1 sudu besar tepung kastad
5 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan