Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Selasa, 31 Ogos 2010

9 Ramadhan: Ketupat Sotong

Berbalik semula kepada resepi kita


Bahan-bahan:

1kg Sotong bersaiz sederhana
250 g beras pulut
1/2 kg Santan kelapa
1/2 keping Manisan (Gula melaka)-kalau suka manis letak lebih sikit
secubit garam ( sikit jer tau)
Lidi Satay


Cara-cara
Bersihkan sotong dan asingkan kepala ( buang mata) dengan badan
Cuci beras pulut dengan bersih dan toskan
Ambil santan dan masukkan secubit garam. Kacau sehingga sebati. Asingkan kepada 2 bahagian
Rendam beras pulut ke dalam santan kelapa A dan biarkan beberapa minit
Seterusnya sumbat beras pulut yang direndam tadi kedalam badan sotong. jangan terlalu penuh sebab nanti beras pulut akan kembang dan sotong plak akan mengecut. bukan ape, taku tak masak plak pulut tu.
masukkan kepala sotong dalam badan sotong semula dan cucuk dengan lidi.
Setelah itu masak sotong tadi bersama santan B dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan gula melaka dan kacau perlahan-lahan
Biarkan santan tadi kering (pecah minyak) dan sedia untuk dihidangkan.

* kalau sotong tu besar sangat, mamaAfy nasihatkan supaya beras pulut ditanak dahulu dengan santan hingga masak. pastu baru sumbat dalam sotong. tapi jgn padat sangat takut terkeluar dari sotong. nanti kuah penuh dengan pulut pulak. tak sedap lah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan