Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Khamis, 2 September 2010

15 Ramadhan: Ayam Gulai Minyak Suamiku

Bahan2
1/2 ekor ayam (sederhana besar) di potong 4
2 batang serai*
1 sudu teh beras*
1 sudu teh lada hitam*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili kering*
1/2 labu bawang besar di mayang
1 sudu besar asam jawa adabi
air (agak2 melepasi ayam)
1 senduk minyak untuk menumis
1/2 sudu teh kunyit serbuk
garam dan perasa

cara2
bahan2 * direndam selama 4 jam, tos dan dikisar (letak air sikit jer).
panaskan minyak tumis bawang besar dan kunyit serbuk hingga bawang garing.
masukkan bahan kisar. tumis hingga naik bau. masukkan ayam, air, asam jawa, garam dan perasa. biarkan hingga mendidih dan kuah tinggal separuh daripada ayam (pekat). dah masak. selain ayam boleh jugak guna daging atau ikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan