Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Selasa, 31 Ogos 2010

9 Ramadhan: Ketupat Sotong

Berbalik semula kepada resepi kita


Bahan-bahan:

1kg Sotong bersaiz sederhana
250 g beras pulut
1/2 kg Santan kelapa
1/2 keping Manisan (Gula melaka)-kalau suka manis letak lebih sikit
secubit garam ( sikit jer tau)
Lidi Satay


Cara-cara
Bersihkan sotong dan asingkan kepala ( buang mata) dengan badan
Cuci beras pulut dengan bersih dan toskan
Ambil santan dan masukkan secubit garam. Kacau sehingga sebati. Asingkan kepada 2 bahagian
Rendam beras pulut ke dalam santan kelapa A dan biarkan beberapa minit
Seterusnya sumbat beras pulut yang direndam tadi kedalam badan sotong. jangan terlalu penuh sebab nanti beras pulut akan kembang dan sotong plak akan mengecut. bukan ape, taku tak masak plak pulut tu.
masukkan kepala sotong dalam badan sotong semula dan cucuk dengan lidi.
Setelah itu masak sotong tadi bersama santan B dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan gula melaka dan kacau perlahan-lahan
Biarkan santan tadi kering (pecah minyak) dan sedia untuk dihidangkan.

* kalau sotong tu besar sangat, mamaAfy nasihatkan supaya beras pulut ditanak dahulu dengan santan hingga masak. pastu baru sumbat dalam sotong. tapi jgn padat sangat takut terkeluar dari sotong. nanti kuah penuh dengan pulut pulak. tak sedap lah

Kad Raya

Tengah melayari internet, tiba2 je teringat pasal kad raya. dulu2 suka sangat kad raya kartun. bila raya je gantung kad kat ruang tamu. tapi sekarang semua dah lain. maklumlah kad raya pun jarang2 ada.




Zaman sekarang, kartun pun dah 3d.


Sekarang dah tak interested dah dgn kad raya kartun... dah tua2 ni suka yang formal jer. tenang jer rasanya

Ahad, 29 Ogos 2010

8 Ramadhan: Daging Bakar

Bahan2
1 kg Daging batang pinang (hiris nipis2 tapi lebar digaul dengan garam, kunyit dan perasa)
2 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
6 biji cili api
4 biji limau nipis (ambil airnya)

cara2
serai, bawang besar, bawang putih dan cili api diblend sekali. gaulkan dengan daging. perap selama 4 jam atau lebih. bakar.

6 Ramadhan: Sosej Roll

bahan
roti sadwich (dicanai hingga nipis)
sosej (di goreng)
telur
lada sulah
sos cili
mayonis
1 sudu tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (gam)

caranya
letak sosej atas roti dan gulung. letakkan gam supaya tak terbuka. celup dalam telur yg telah dupukul bersama lada sulah. goreng dalam minyak panas yang banyak hingga masak. angkat dan toskan. bila sejuk, potong menyerong. campur sos cili dan mayonis untuk dijadikan pencicah. siap!!

5 Ramadhan: Ikan Terubuk Rebus

Bahan2
1 ekor Ikan terubuk yang segar tau, bukan masin
5 ulas Bawang Putih (di ketuk ketampikan)
1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
1 sudu besar asam jawa
Garam
Perasa
Air

Cara

Masukkan semua bahan kat atas tu dalam periuk. pastikan air melebihi ikan. masak hingga air tinggal separuh jer. makan ngan nasi. memang sedap. ini memang favourite suami I. cuba lah. lagi masam lagi sedap..

My Little Prince


Good Morning sayang......


Nak pergi jogging ke tu?


Eh!! Camner nak jogging kalau masih naik walker?


Aik?! Makan biskut jer? nape.. mama tak masak ye... ciannyer dia.....



Tutup mulut tu sayang... nanti masuk lalat

Tidur lahhh..... wahai putera Afy... Esok menantimu..

Sabtu, 28 Ogos 2010

4 Ramadhan: Nasi Ayam Hentam Saja lah


bahan
1 ekor ayam
4 litre air (pakai banyak air sbb kuah sup tu nak guna banyak)
3 kiub pati ayam maggie halia sebesar ibu jari kaki - tumbuk

Cara memasak:
ayam dipotong 4. masukkan ayam, air, kiub pati ayam dan halia. masak hingga mendidih ( ayam masak). keluarkan ayam dan toskan. perap ayam dengan kicap dan sedikit gula. goreng ayam dlm minyak yg banyak. air rebusan ayam digunakan untuk sup dan masak nasi. untuk sup tambahkan sedikit garam dan perasa.

bahan2 utk nasi:
4 pot beras (ni ikut la nak hidang utk brapa org). 1 helai daun pandan
sup yg telah dimasak tadi (amik halianya sekali)

cara memasak:
basuh dulu beras tu… tos kan. masukkan dlm periuk. masukkan daun pandan dan sup. masak

bahan2 utk cili:
10 biji cili merah masak (buang biji sikit2)
3 ulas bawang putih
air sup td
1 biji tomato gula dan garam

blend semua

bahan2 utk kicap:
1 cawan kicap
sedikit sup
garam

campur semuanya

sayur2:
salad
timun
tomato

bila nak makan nanti, masukkan sedikit bawang goreng, daun sup, daun bawang dan salad yang dipotong halus ke dalam sup. memang sedap. tak muak bila di makan