Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Khamis, 2 September 2010

17 Ramadhan: Laksa

bahan2
1 bungkus laksa EKA (laksa halus tau)
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 kg ikan selayang (direbus hungga masak dan diasingkan tulang dan isinya)
1 biji kelapa (diambil santannya, kalau boleh santan tu jgn cair sangat)
2 btg serai*
10 biji cili kering*
1 sudu teh lada hitam*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 labu bwg besar di belah 4 (pisahkan selapis-selapis)
5 helai daun limau purut
Garam
Perasa

ulam
timun 1 btg di cincang
kacang panjang di potong pendek2

minyak bwg
1 labu bawang putih (dipotong nipis2 dan ditumis hingga perang-jgn tos, biar bwg putih tu terendam dlm minyak)

cara2
rendam laksa selama 5 jam atau lebih. jerang air hingga mendidih, masukkan laksa yang telah di tos kan. masukkan soda bikarbonat. masak hingga empuk. lalukan laksa di bawah air pili. toskan.

blend semua bahan *. ketepikan
blend tulang ikan dengan sedikit air dan tapiskan. blend isi ikan dan air tulang ikan tadi. satukan santan, bahan kisar, isi ikan yg telah dikisar bersama air tulang ikan tadi, serbuk kunyit, daun limau purut, bawang besar, garam dan perasa. masak hingga mendidih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan