Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Ahad, 29 Ogos 2010

6 Ramadhan: Sosej Roll

bahan
roti sadwich (dicanai hingga nipis)
sosej (di goreng)
telur
lada sulah
sos cili
mayonis
1 sudu tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (gam)

caranya
letak sosej atas roti dan gulung. letakkan gam supaya tak terbuka. celup dalam telur yg telah dupukul bersama lada sulah. goreng dalam minyak panas yang banyak hingga masak. angkat dan toskan. bila sejuk, potong menyerong. campur sos cili dan mayonis untuk dijadikan pencicah. siap!!

5 Ramadhan: Ikan Terubuk Rebus

Bahan2
1 ekor Ikan terubuk yang segar tau, bukan masin
5 ulas Bawang Putih (di ketuk ketampikan)
1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
1 sudu besar asam jawa
Garam
Perasa
Air

Cara

Masukkan semua bahan kat atas tu dalam periuk. pastikan air melebihi ikan. masak hingga air tinggal separuh jer. makan ngan nasi. memang sedap. ini memang favourite suami I. cuba lah. lagi masam lagi sedap..

My Little Prince


Good Morning sayang......


Nak pergi jogging ke tu?


Eh!! Camner nak jogging kalau masih naik walker?


Aik?! Makan biskut jer? nape.. mama tak masak ye... ciannyer dia.....



Tutup mulut tu sayang... nanti masuk lalat

Tidur lahhh..... wahai putera Afy... Esok menantimu..

Sabtu, 28 Ogos 2010

4 Ramadhan: Nasi Ayam Hentam Saja lah


bahan
1 ekor ayam
4 litre air (pakai banyak air sbb kuah sup tu nak guna banyak)
3 kiub pati ayam maggie halia sebesar ibu jari kaki - tumbuk

Cara memasak:
ayam dipotong 4. masukkan ayam, air, kiub pati ayam dan halia. masak hingga mendidih ( ayam masak). keluarkan ayam dan toskan. perap ayam dengan kicap dan sedikit gula. goreng ayam dlm minyak yg banyak. air rebusan ayam digunakan untuk sup dan masak nasi. untuk sup tambahkan sedikit garam dan perasa.

bahan2 utk nasi:
4 pot beras (ni ikut la nak hidang utk brapa org). 1 helai daun pandan
sup yg telah dimasak tadi (amik halianya sekali)

cara memasak:
basuh dulu beras tu… tos kan. masukkan dlm periuk. masukkan daun pandan dan sup. masak

bahan2 utk cili:
10 biji cili merah masak (buang biji sikit2)
3 ulas bawang putih
air sup td
1 biji tomato gula dan garam

blend semua

bahan2 utk kicap:
1 cawan kicap
sedikit sup
garam

campur semuanya

sayur2:
salad
timun
tomato

bila nak makan nanti, masukkan sedikit bawang goreng, daun sup, daun bawang dan salad yang dipotong halus ke dalam sup. memang sedap. tak muak bila di makan

3 Ramadhan: Samosa Daging Simple Tapi Best

Bahan2
Kulit popia
10 biji bawang besar (sederhana besar) potong dadu
2 biji kentang di potong dadu kecil
1 peket kecil serbuk kari daging adabi
250 g daging lembu cincang
garam
gula
serbuk perasa
2 sudu besar gandm yg dibancuh dengan air
minyak untuk menggoreng

caranya
rebus daging hingga masak dan toskan
rebus kentang hingga separuh empuk dan toskan
satukan daging, kentang, bawang besar, serbuk kari, gula, garam dan serbuk perasa
gaul sebati kemudian masukkan satu sudu besar campuran tadi ke atas sekeping kulit popia dan lipat 3 segi. lipat cam popia pun tak per.. rasa dia tetap sama.. gunakan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air sebagai gam. pastu goreng dlm minyak yg banyakhingga masak. api jgn terlalu kuat

2 Ramadhan: Pizza

Bahan-bahan
roti sandwich
sos tomato
sos cili
sosej (goreng dan dipotong nipis2)
serunding daging
mayonis

cara nak buat
sapu roti dengan sos tomato, susun sosej atas roti
tabur serunding
pastu letak sos cili ngan mayonis
kalau ada keju leh tabur kat atas pizza
last sekali bakar hingga masak..
selamat mencuba!

1 Ramadhan :Badak Berendam



bukan badak ni yang saya maksudkan... tapi kuih badak berendam

Bahan-bahan ( 20 biji )
* Bahan doh:
* 180g tepung pulut
* 2 camca air kapur makan
* 160ml air
* 1/2 sk garam
* pewarna yang kita suka
* Bahan Inti:
* 100g gula merah
* 100ml air
* 120g kelapa parut (putih)
* 1 helai daun pandan
* 1/2 sk garam
* Bahan kuah:
* 500ml santan pekat(1 biji kelapa)
* secubit garam


Cara-cara

1. Inti: Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan dan daun pandan. Kacau hingga agak kering. Biar kan sejuk
2. Doh: Gaul tepung pulut, garam, air kapur dan air secukupnya hingga doh jadi lembut. masukkan pewarna yang kita suka.gaul rata. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.
3. masukkan bebola tepung tadi ke dalam air mendidih (macam buah melaka/ondeh-ondeh). bila dah terapung angkat dan masukkan ke dalam kuah santan.
4. nak buat kuahnyer senang jer. masak santan dan garam hingga pecah minyak dan pekat.