Sabtu, 9 Oktober 2010
Hantaran Mak Su
Jumaat, 1 Oktober 2010
Rabu, 15 September 2010
27 Ramadhan: Daging Merah
Bahan2200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul.
Dua sudu besar pewarna merah (star brand)
1 inci halia di ketuk
2 batang serai dititik
3 ulas bawang putih di ketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiramGaram sesedap rasa.
1 labu bawang besar holand dibelah 8
2 senduk air rebusan daging
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
garam
gula
perasa
minyak masak
Cara2
Rebus daging bersama halia, serai dan pewarna merah hingga masak. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.kalau suka garing boleh goreng lama sikit. panaskan 3 sudu besar minyak masak. tumis bwg putih hingga kuning. masukkan semua sos2. masukkan daging goreng dan air rebusan daging. masukkan garam, gula dan perasa. masak hingga kuah agak pekat.
26 Ramadhan: Tom Yam Putih
resepi ni akak mintak ngan tukang masak restoran yang akan keje masa muda2 dulu

Bahan-bahan
1.2 liter air beras (simpan air yang kita cuci beras tu)
1/2 cawan isi ayam
6 ekor sotong
7 ekor udang
5 batang serai -dititik
4 batang daun limau purut
1/2 batang saderi - dipotong

Bahan-bahan
1.2 liter air beras (simpan air yang kita cuci beras tu)
1/2 cawan isi ayam
6 ekor sotong
7 ekor udang
5 batang serai -dititik
4 batang daun limau purut
1/2 batang saderi - dipotong
1 inci lengkuas-diketuk
3 ulas bwg putih -diketuk
3 ulas bwg putih -diketuk
1 hiris halia
2 biji tomato dibelah 4
1/2 batang carrot -dipotong
1 biji bawang besar holland -dibelah 8
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
2 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu teh kicap sotong
4 biji cili api -diketuk
hiasan
daun ketumbar -dipotong halus
Cara-cara
1) Didihkan air. Masukkan serai dan ayam.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Akhir sekali tutup api dan masukkan air perahan limau nipis. tabur daun ketumbar. Sedia dihidangkan.
2 biji tomato dibelah 4
1/2 batang carrot -dipotong
1 biji bawang besar holland -dibelah 8
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
2 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu teh kicap sotong
4 biji cili api -diketuk
hiasan
daun ketumbar -dipotong halus
Cara-cara
1) Didihkan air. Masukkan serai dan ayam.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Akhir sekali tutup api dan masukkan air perahan limau nipis. tabur daun ketumbar. Sedia dihidangkan.
25 Ramadhan: Ketupat Palas

Practice untuk raya nanti..
Bahan2
1 kg beras pulut susu ( pulut biasa pun ok)
200 g santan pekat
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula (kalau tak nak letak pun boleh)
3 pelepah dauh palas (di buka dan digulung- tulang daun di bahagian dalam gulungan)
cara
beras pulut direndam semalaman.
toskan dan kukus hingga betul2 masak. Campurkan santan dan garam . kacau hingga garam larut. santan akan betul2 masin. masukkan pulut yang masih panas kedalam bekas tuang santan sikit2 beselang dengan gula. kacau hingga pulut berminyak. bungkus dlm daun palas. simpul dan potong lebihan daun. susun lebihan daun tadi dalam periuk (untuk mengelakkan ketupat hangus) . masukkan ketupat. masukkan air separuh drpd katupat. rebus hingga air kering.
akak suka kalau ketupat tadi di buang daunnya dan di goreng pulak sebelum makan. Mak akak suka masukkan jagung atau kacang merah kat dalam ketupat ni. sedap jugak..
24 Ramadhan: Puding Cocktail
bahan2
1 paket agar-agar (RM 1.80)
2 gelas air
1 tin susu cair
1 tin Fruit cocktail (asingkan sirap dan buahnya)
gula (ikut Citarasa masing2)
Cara2
masak agar2 dan air kedalam periuk. masak hingga agar2 betul2 larut. masukkan gula. bila gula dah larut masukkan sirap fruit cocktail. biarkan mendidih seketika. pastu masukkan susu cair. kacau sedikit dan masukkan buah-buahan tadi. kacau sikit, padam api. tuang dalam bekas. ikut suka bekas camner pun. sejukkan hingga beku.

