Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Sabtu, 28 Ogos 2010

3 Ramadhan: Samosa Daging Simple Tapi Best

Bahan2
Kulit popia
10 biji bawang besar (sederhana besar) potong dadu
2 biji kentang di potong dadu kecil
1 peket kecil serbuk kari daging adabi
250 g daging lembu cincang
garam
gula
serbuk perasa
2 sudu besar gandm yg dibancuh dengan air
minyak untuk menggoreng

caranya
rebus daging hingga masak dan toskan
rebus kentang hingga separuh empuk dan toskan
satukan daging, kentang, bawang besar, serbuk kari, gula, garam dan serbuk perasa
gaul sebati kemudian masukkan satu sudu besar campuran tadi ke atas sekeping kulit popia dan lipat 3 segi. lipat cam popia pun tak per.. rasa dia tetap sama.. gunakan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air sebagai gam. pastu goreng dlm minyak yg banyakhingga masak. api jgn terlalu kuat

2 Ramadhan: Pizza

Bahan-bahan
roti sandwich
sos tomato
sos cili
sosej (goreng dan dipotong nipis2)
serunding daging
mayonis

cara nak buat
sapu roti dengan sos tomato, susun sosej atas roti
tabur serunding
pastu letak sos cili ngan mayonis
kalau ada keju leh tabur kat atas pizza
last sekali bakar hingga masak..
selamat mencuba!

1 Ramadhan :Badak Berendam



bukan badak ni yang saya maksudkan... tapi kuih badak berendam

Bahan-bahan ( 20 biji )
* Bahan doh:
* 180g tepung pulut
* 2 camca air kapur makan
* 160ml air
* 1/2 sk garam
* pewarna yang kita suka
* Bahan Inti:
* 100g gula merah
* 100ml air
* 120g kelapa parut (putih)
* 1 helai daun pandan
* 1/2 sk garam
* Bahan kuah:
* 500ml santan pekat(1 biji kelapa)
* secubit garam


Cara-cara

1. Inti: Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan dan daun pandan. Kacau hingga agak kering. Biar kan sejuk
2. Doh: Gaul tepung pulut, garam, air kapur dan air secukupnya hingga doh jadi lembut. masukkan pewarna yang kita suka.gaul rata. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.
3. masukkan bebola tepung tadi ke dalam air mendidih (macam buah melaka/ondeh-ondeh). bila dah terapung angkat dan masukkan ke dalam kuah santan.
4. nak buat kuahnyer senang jer. masak santan dan garam hingga pecah minyak dan pekat.

Ahad, 29 November 2009

Tapai

Bahan-bahan
2 kg beras pulut
1 biji ragi
air panas
daun getah untuk membungkus
mula-mula kita cuci beras pulut, pastu rendam selama 2 jam. kukus pulut sampai masak. make sure air pengukus dah mendidih sebelum mengukus pulut. bila pulut dah masak, masukan pulut yg masih panas ke dalam bekas. kemudian siram pulut tersebut dengan air panas sampai pulut tenggelam. tunggu sampai air diserap oleh pulut. sejukkan pulut. letak dalam talam. pastikan pulut betul-betul sejuk. hancurkan ragi. taburkan atas pulut (guna penapis lagi senang). gaul rata. bungkus dengan daun getah. stepler. masukkan dlm bekas. bubuh dalam 'supekgelenya'. simpan di tempat gelap. bawah katil pun boleh. lusa dah boleh makan dah. confirm manis dan banyak air...........
resepi tambahan
ambil 2 sudu tapai, campurkan dengan 2 sudu aiskrim vanila. kacau sebati dan makan. memang sedap dijadikan dessert.

Hari Raya Aidiladha


"Seronoknyer kalau tiap-tiap hari ada orang riba saya"


Alamak! Aksi panas. Boleh masuk Melodi ni.

Afy & his cousin.
Kecian Kak Long kena dukung Afy.
Cantik betul Mak Long Afy! Inilah mak Kak Long tadi.
Mama Afy tengah sibuk layan pengantin baru.
Ini Bapa & Ibu Sepupu Afy. Baru kahwin......

Datuk & Nenek Long Afy.
Tengah makan tapai. Nasi baik jadi mama Afy buat tapai. Maklumlah banyak sangat pantang larang buat tapai ni. Nanti mama Afy bagi resepi ye!

Tengah cbuk2, tiba2 anak2 murid mama Afy datang beraya plak!

Nenek Afy bersama cucu2nya...

Pelayan restoran yang diimport khas! He..He...
Inilah Mak Su Afy yang tersayang..

Mak Su! Tengah cuci pinggan mana buleh tidor!

Mentang-mentanglah Mak Su ade... Mama Afy rileks je lah...
Mama Afy jadi QC ari ni..
"Mintak mahap ye tok kalau Afy ada buat salah"

Peminat setia cerita P.Ramlee.
Warning! Don't do this at anywhere.

"Papa! Katakan tak nak pada rokok! Daripada papa hisap rokok, lebih baik papa hisap botol susu Afy. Perut kenyang, badan pun sihat!
Maaf lah gambar tak clear sangat, maklumlah guna handycam. Tapi tak per, nanti mama Afy beli camera DSLR kat pasar malam. Mesti cun foto Afy.

Sabtu, 21 November 2009

First Time!!!

Buat pertama kalinya papa Afy muncul dalam blog ni.
Foto ni dirakam sewaktu kami menghadiri Majlis Makan Malam SK Ceneh Baru 2 di Sempurna Resort Kuantan. Ini merupakan kali pertama kami bertiga pergi dinner. Dah 5 kali dinner pergi berdua, akhirnya tercapai jugak hasrat nak gi dinner bertiga. Malam tu Mama dapat hadiah lucky draw, comforter, papa dapat bantal dreamland. Afy pun dapat hadiah jugak, beg pakaian baby. Ini merupakan beg Afy yang ke 6. pastu dapat 2 botol susu. Bertambahlah koleksi botol susu Afy. Sekarang Afy dah ada 10 botol susu! Semua cute cam Afy! Afy ucapkan Thank You To Teacher's Club sebab bagi macam-macam hadiah kat Afy.

Isnin, 2 November 2009

Agar-agar Tembikai

Pernah makan agar-agar tembikai tak?!
Senang je nak buat tau
Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar (RM 3.00)
5 gelas air
6 biji telur (gred A)
100 g gula batu
200 g gula pasir
Esen vanila
Pewarna Merah
Pewarna Hijau
50 kg Kesabaran

Mula-mula masak agar2 ngan air sampai agar-agar betul2 hancusss.
Pastu masukkan gula batu ngan gula pasir, masak sampai gula hancur.
Rasa dulu r, kalau x manis tambah lah gula lagi..
Sementara nak tunggu gula hancur...
pukul telur ngan esen vanilla sampai kembang.
(amik semua putih ngan kuning telur baru jimat, skrg kan ekonomi meleset)
Masukkan agar2 yang panas tadi tu ke dalam telur yang telah kembang.
pukul campuran telur dan agar2 sampai sejuk (suam2 kuku pun boleh la)
tuang adunan ke dalam bekas setebal 1 inci
masukkan dlm peti (tempat beku) 15 saat
masukkan pewarna merah ke dalam baki adunan
pukul lagi
tuang semua baki adunan ke dalam bekas tadi
masukkan dalam peti (bukan tempat beku)
bila agar2 dah keras
keluarkan dari bekas (agar2 jadi 2 lapis, putih dan merah)
sapu pewarna hijau pada bahagian putih.
pastu potong
pastu makan
pastu three he.. he..

kalau nak lagi best kan
ni resepi lain plak
agar2 tembikai tadi jgn buat manis sangat (letak gula batu je)
kita boleh makan dengan kuah
nak buat kuah?
camni
amik susu cair campur ngan mixed fruit
potong agar2 tembikai kecik2
makan ngan campuran buah dan susu tadi
sedapppppppppppp!!!!!
kalau sejuk lagi sodap