Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Khamis, 2 September 2010

17 Ramadhan: Laksa

bahan2
1 bungkus laksa EKA (laksa halus tau)
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 kg ikan selayang (direbus hungga masak dan diasingkan tulang dan isinya)
1 biji kelapa (diambil santannya, kalau boleh santan tu jgn cair sangat)
2 btg serai*
10 biji cili kering*
1 sudu teh lada hitam*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 labu bwg besar di belah 4 (pisahkan selapis-selapis)
5 helai daun limau purut
Garam
Perasa

ulam
timun 1 btg di cincang
kacang panjang di potong pendek2

minyak bwg
1 labu bawang putih (dipotong nipis2 dan ditumis hingga perang-jgn tos, biar bwg putih tu terendam dlm minyak)

cara2
rendam laksa selama 5 jam atau lebih. jerang air hingga mendidih, masukkan laksa yang telah di tos kan. masukkan soda bikarbonat. masak hingga empuk. lalukan laksa di bawah air pili. toskan.

blend semua bahan *. ketepikan
blend tulang ikan dengan sedikit air dan tapiskan. blend isi ikan dan air tulang ikan tadi. satukan santan, bahan kisar, isi ikan yg telah dikisar bersama air tulang ikan tadi, serbuk kunyit, daun limau purut, bawang besar, garam dan perasa. masak hingga mendidih.

16 Ramadhan: Sotong Goreng Mesti Cuba

Bahan2
1 kg sotong (sederhana besar)
1 labu bawang besar di mayang
1/2 sudu teh kunyit serbuk
secubit garam (sikit jer tau)
1/2 sudu perasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

cara
besihkan sotong. buang matanya.
tumis bawang besar dan kunyit sebuk hingga garing.
masukkan sotong, garam dan perasa.
masak hingga kering dan sotong garing (ikut suka lah nak garing ker kurang garing)
Pastikan sentiasa mengacau sotong kerana sotong akan meletup2 kalau kita biar cam tu jer kat atas api. setakat ni sape jer yang mkn sotong goreng ni, memang mintak resepi punyer! try lah..

15 Ramadhan: Ayam Gulai Minyak Suamiku

Bahan2
1/2 ekor ayam (sederhana besar) di potong 4
2 batang serai*
1 sudu teh beras*
1 sudu teh lada hitam*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili kering*
1/2 labu bawang besar di mayang
1 sudu besar asam jawa adabi
air (agak2 melepasi ayam)
1 senduk minyak untuk menumis
1/2 sudu teh kunyit serbuk
garam dan perasa

cara2
bahan2 * direndam selama 4 jam, tos dan dikisar (letak air sikit jer).
panaskan minyak tumis bawang besar dan kunyit serbuk hingga bawang garing.
masukkan bahan kisar. tumis hingga naik bau. masukkan ayam, air, asam jawa, garam dan perasa. biarkan hingga mendidih dan kuah tinggal separuh daripada ayam (pekat). dah masak. selain ayam boleh jugak guna daging atau ikan.

14 Ramadhan: Ayam Goreng Sedap

Bahan2
4 Ketul peha ayam
2 inci halia di tumbuk halus
1/2 peket rempah kari adabi
garam
perisa
kunyit serbuk

cara2
cuci ayam bersih2 dan toskan.
gaulkan ayam dengan semua bahan di atas.
perap selama 1 jam ( lebih kurang lah tu)
pastu goreng. sedap tau

13 Ramadhan: Mee Kari Udang


  • udang 1/2 kg
  • dada ayam sekeping (dipotong Dadu)
  • kerang 1/2 kg direbus dan dibuang kulit
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari daging Adabi (1 peket kecil)
  • cili kering yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik
  • Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api

Cara-cara

  1. Tumbuk bahan *
  2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
  3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. untuk buat hiasan tak payah buang kulitnya.
  4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, ayam, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang dan kerang
  7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
  8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Bergedil Daging


  • 2 bj kentang
  • segenggam daging cincang ramly
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

12 Ramadhan: Soto Ayam


Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup Bunjut ADABI
  • B.merah, b.putih, halia - ditumis
  • Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
  • Suhun - digoreng
  • [Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
  • [Bahan kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas b.putih
  • 1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

  1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
  3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
  4. Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
  5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
  6. Untuk resipi bergedil pula, sila rujuk resepi bergedil ye.
  7. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
  8. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.