Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Rabu, 15 September 2010

27 Ramadhan: Daging Merah

Bahan2

200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul.
Dua sudu besar pewarna merah (star brand)
1 inci halia di ketuk
2 batang serai dititik
3 ulas bawang putih di ketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiramGaram sesedap rasa.

1 labu bawang besar holand dibelah 8
2 senduk air rebusan daging
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah

garam
gula
perasa
minyak masak

Cara2
Rebus daging bersama halia, serai dan pewarna merah hingga masak. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.
kalau suka garing boleh goreng lama sikit. panaskan 3 sudu besar minyak masak. tumis bwg putih hingga kuning. masukkan semua sos2. masukkan daging goreng dan air rebusan daging. masukkan garam, gula dan perasa. masak hingga kuah agak pekat.

26 Ramadhan: Tom Yam Putih

resepi ni akak mintak ngan tukang masak restoran yang akan keje masa muda2 dulu


Bahan-bahan
1.2 liter air beras (simpan air yang kita cuci beras tu)
1/2 cawan isi ayam
6 ekor sotong
7 ekor udang
5 batang serai -dititik
4 batang daun limau purut
1/2 batang saderi - dipotong
1 inci lengkuas-diketuk
3 ulas bwg putih -diketuk
1 hiris halia
2 biji tomato dibelah 4
1/2 batang carrot -dipotong
1 biji bawang besar holland -dibelah 8
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
2 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu teh kicap sotong
4 biji cili api -diketuk

hiasan
daun ketumbar -dipotong halus


Cara-cara
1) Didihkan air. Masukkan serai dan ayam.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Akhir sekali tutup api dan masukkan air perahan limau nipis. tabur daun ketumbar. Sedia dihidangkan.

25 Ramadhan: Ketupat Palas


Practice untuk raya nanti..

Bahan2
1 kg beras pulut susu ( pulut biasa pun ok)
200 g santan pekat
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula (kalau tak nak letak pun boleh)
3 pelepah dauh palas (di buka dan digulung- tulang daun di bahagian dalam gulungan)

cara
beras pulut direndam semalaman.
toskan dan kukus hingga betul2 masak. Campurkan santan dan garam . kacau hingga garam larut. santan akan betul2 masin. masukkan pulut yang masih panas kedalam bekas tuang santan sikit2 beselang dengan gula. kacau hingga pulut berminyak. bungkus dlm daun palas. simpul dan potong lebihan daun. susun lebihan daun tadi dalam periuk (untuk mengelakkan ketupat hangus) . masukkan ketupat. masukkan air separuh drpd katupat. rebus hingga air kering.

akak suka kalau ketupat tadi di buang daunnya dan di goreng pulak sebelum makan. Mak akak suka masukkan jagung atau kacang merah kat dalam ketupat ni. sedap jugak..

24 Ramadhan: Puding Cocktail



bahan2
1 paket agar-agar (RM 1.80)
2 gelas air
1 tin susu cair
1 tin Fruit cocktail (asingkan sirap dan buahnya)

gula (ikut Citarasa masing2)

Cara2

masak agar2 dan air kedalam periuk. masak hingga agar2 betul2 larut. masukkan gula. bila gula dah larut masukkan sirap fruit cocktail. biarkan mendidih seketika. pastu masukkan susu cair. kacau sedikit dan masukkan buah-buahan tadi. kacau sikit, padam api. tuang dalam bekas. ikut suka bekas camner pun. sejukkan hingga beku.

Isnin, 13 September 2010

23 Ramadhan: Ikan Singgang

bahan2
1 ekor ikan tongkol dipotong dan dibersihkan
1 inci kunyit*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
2 keping asam keping
garam
perasa
air

methods
mayang bahan2 *. masukkan semua bahan dalam periuk. masak hingga kuah tinggal separuh ikan. kalau nak pedas, masukkan 3 tangkai cili api. ikan singgang memang sedap kalau dimakan bersama budu... 1st class gitu

Tak Boleh Jadi Ni!

Nama saya Muhammad Afy Qusyairie bin Ali. Saya ada citer nak bg tau.



Ini botol susu Afy. Dulu Afy minum susu Anmum Essential. Tapi sekarang mama dah tukar susu lain plak, dutch lady 123 coklat.

Ini tidak adil!!! kenapa bagi Afy susu lain?!

Tapi susu baru ni pun sedap jugak rasa dia. Boleh lah....

Afy mesti buat sesuatu untuk meluahkan perasaan tak puas hati.


okey!! dah dapat idea!

Line clear........

he.. he.. he..

Afy nak pancitkan tayar lori papa..

Susah jugak nak pancitkan tayar lori yer..

Kita minum dulu!!! sambil2 tu Afy fikir plan B plak

Isnin, 6 September 2010

22 Ramadhan: Ayam Percik Nenek Afy

Bahan-bahan

1 ekor ayam yang di buang kulit (potong 4 dan kelarkan sikit) dilumur dengan sedikit garam dan kenyit serbuk. perap 1/2 jam.
200ml santan pekat
4 ulas bawang merah*
2 batang serai*
1/2 inci halia*
1 sudu besar cili giling
1 sudu teh asam jawa (jangan bancuh ngan air)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
perasa

Cara-cara

tumbuk bahan* hingga lumat. satukan bahan kisar, santan cili, asam jawa, gula, garam dan perasa. Panggang ayam hingga masak. kalau kita tak buang kulit ayam nanti ayam jadi hitam. kalau tak caya, try le..tuang kuah tadi atas ayam panggang. tuang sikit2. pusing belah satu lagi, tuang pulak sikit. ulang sampai habis kuah tadi. biarkan hingga ayam nampak berkilat dan masak. seeloknya guna dapur arang. baru ada umph!! waktu kita nak tuang kuah tu, pastikan arang dah tinggal bara je. kalau api kuat lagi nanti hangus sebab kuah tu manis sikit.