Iklan Mangga

Iklan Nuffnang

Sabtu, 10 Disember 2011

Cerciter Cayer

alaaa..... ariq tak ready lagi lah mama. ariq tak sempat senyum lagi..

ok... sekarang dah ready.. cheeseee..

cuba tuan-tuan dan puan-puan lihat betul-betul rupa ariq, ada nampak cam kuda ker? ariq rasa cam takder rupa kuda langsung. tapi nape abang suka tunggang ariq yerr?

memang dah jadi adat dalam dunia ni, kalau kita hensem mesti ade org jelous kan. tapi takper ariq tak kisah.

nanti bila ariq dah beso... siaplah abg afy yerrrr...

mama!!! nak susu... rasa haus pulak... oh yer lupe nak bg tau. papa baru je belikan gelang kat ariq. tq papa..

tak cukup susu. kecik sgt botol susu ni. tak padan dengan body ariq. nanti mama belikan botol susu baru yer!

ok semua... ariq nak rehat dulu. biasalahkan, org hensem ni kenalah jaga penampilan. tak kira lah waktu tidur ker waktu jaga..
mama... please make sure yang abg afy tak kacau ariq tau....
thanks mom!

Khamis, 6 Oktober 2011

Bajet 2012

Agak-agak macam mana lah nasib guru dg 41 cam akak ni yerrrr? Untung sabut timbul, untung batu tenggelam! tapi itu semua tak penting. dapat ke, tak dapat ker... akak tak kesah (kalau dapat, time kasih byk2 PM). Yang penting akak akan teruskan perjuangan seorang guru untuk mendidik anak bangsa.

Memang dari dulu lagi, waktu akak jadi akauntan, akak dah tanam azam dalam hati, kalau akak jadi guru, akak boleh lahirkan ramai akauntan. kalau akak kekal jadi akauntan, akak tak dapat lahirkan akauntan lain. lebih kurang camtu lah. maklumlah.. cikgu matematik bukan pandai sgt nak buat ayat jiwang-jiwang ni.

Jumaat, 10 Jun 2011

Muhammad Ariq Qusyairie Bin Ali

Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.... sehari 10 kali cium adik.

tapi 20 kali smack down adik..

Sabtu, 29 Januari 2011

Simple Tapi sedap!

Kadang-kadang perasaan malas nak masak pun timbul jugak dalam hati nurani akak ni. tapi nak buat camne kan... kita ada famili, so kena lah masak walaupun simple2. kalau bujang senang plak kita tibai mi segera jer..

Wahai kanda dan anakanda tercinta.... hari ni bonda dah masak lauk yang spesel tau!
jeng! jeng! jeng!


1. telur masin
cuci bersih2
rebus sampai masak
belah dua

2. Ikan goreng
cuci ikan bersih2
kelar ikan
lumur garam sikit
lumur serbuk kunyit sikit
perap jap
goreng

3. Kacang goreng pedas
tumis bawang besar yang dimayang sampai kuning
masukkan cili kering yang di blend
biar pecah minyak
masukkan kacang dan bawang besar yang dipotong dadu
masukkan 2 sudu cuka makan
garam
perasa
tabur bawang goreng
kalau ada ikan bilis goreng pun leh tabur gak

4. Sotong rebus
bersihkan sotong
potong kecil2 (kalau sotong besar) cuci dan tos
satukan sotong
bawang merah dimayang
2 btg serai dititik
air (agak2 tenggelam sotong tu)
garam
perasa
masak sampai mendidih


Afy Nak Jadi Abang!!


ape mama cakap? afy nak dapat adik!!!



Iye sayang..... nanti Afy dah nak jadi abg.
nanti mesti mama dah tak sayang afy lagi..

Mama tetap sayang afy sampai bila-bila...
yeahhhhhh.... Afy nak dapat adik!!!

Rabu, 26 Januari 2011

Afy Belajar Solat


Terperanjat jugak mama bila Afy dah menunjukkan minat nak solat. Alhamdulillah... Harap-harap kekal sampai bila-bila.

Rabu, 29 Disember 2010

E-Penyata Gaji Kakitangan Awam (klik sini je)

Kalau nak dapatkan penyata gaji, sila lawati laman web kat bawah ni. Jangan lupa daftar dulu bagi pengguna baru.

http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php

Pesanan penaja;
Berjimat cermatlah kalau berbelanja tau. Ukur baju di badan sendiri.. Peringatan buat kita bersama.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru Mak Su & Pak Su


Pak Su jaga Mak Su Afy baik2 tau!!

Sama Cantik Sama Padan. Cam ferrerro rochel di belah dua.....



Kalau Pak Su ngan Mak Su dapat baby nanti, jangan lupakan Afy tauuuuuuuuu...

Hantaran Mak Su

Semasa Mama Afy bertungkus dan berlumus menyiapkan hantaran-hantaran ni, Mak su Afy yang paling banyak membantu dari segi mengawal dan mengawas Muhammad Afy yang aktif dan inovatif!!!

al-Quran


Jam Rolex


Sirih (las minute punyer idea)


Kasut dan Stokin Rose


Tuala


Sejadah dan Songkok


body shop Perfumes


Wallet and Belt


Shirt and Pants

Fruits


Cincin

Siaplah hantaran yang tak seberapa dari tukang yang amatur ni.

Jumaat, 1 Oktober 2010

afy bersilat

Rabu, 15 September 2010

27 Ramadhan: Daging Merah

Bahan2

200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul.
Dua sudu besar pewarna merah (star brand)
1 inci halia di ketuk
2 batang serai dititik
3 ulas bawang putih di ketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiramGaram sesedap rasa.

1 labu bawang besar holand dibelah 8
2 senduk air rebusan daging
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah

garam
gula
perasa
minyak masak

Cara2
Rebus daging bersama halia, serai dan pewarna merah hingga masak. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.
kalau suka garing boleh goreng lama sikit. panaskan 3 sudu besar minyak masak. tumis bwg putih hingga kuning. masukkan semua sos2. masukkan daging goreng dan air rebusan daging. masukkan garam, gula dan perasa. masak hingga kuah agak pekat.

26 Ramadhan: Tom Yam Putih

resepi ni akak mintak ngan tukang masak restoran yang akan keje masa muda2 dulu


Bahan-bahan
1.2 liter air beras (simpan air yang kita cuci beras tu)
1/2 cawan isi ayam
6 ekor sotong
7 ekor udang
5 batang serai -dititik
4 batang daun limau purut
1/2 batang saderi - dipotong
1 inci lengkuas-diketuk
3 ulas bwg putih -diketuk
1 hiris halia
2 biji tomato dibelah 4
1/2 batang carrot -dipotong
1 biji bawang besar holland -dibelah 8
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
2 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu teh kicap sotong
4 biji cili api -diketuk

hiasan
daun ketumbar -dipotong halus


Cara-cara
1) Didihkan air. Masukkan serai dan ayam.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Akhir sekali tutup api dan masukkan air perahan limau nipis. tabur daun ketumbar. Sedia dihidangkan.

25 Ramadhan: Ketupat Palas


Practice untuk raya nanti..

Bahan2
1 kg beras pulut susu ( pulut biasa pun ok)
200 g santan pekat
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula (kalau tak nak letak pun boleh)
3 pelepah dauh palas (di buka dan digulung- tulang daun di bahagian dalam gulungan)

cara
beras pulut direndam semalaman.
toskan dan kukus hingga betul2 masak. Campurkan santan dan garam . kacau hingga garam larut. santan akan betul2 masin. masukkan pulut yang masih panas kedalam bekas tuang santan sikit2 beselang dengan gula. kacau hingga pulut berminyak. bungkus dlm daun palas. simpul dan potong lebihan daun. susun lebihan daun tadi dalam periuk (untuk mengelakkan ketupat hangus) . masukkan ketupat. masukkan air separuh drpd katupat. rebus hingga air kering.

akak suka kalau ketupat tadi di buang daunnya dan di goreng pulak sebelum makan. Mak akak suka masukkan jagung atau kacang merah kat dalam ketupat ni. sedap jugak..

24 Ramadhan: Puding Cocktail



bahan2
1 paket agar-agar (RM 1.80)
2 gelas air
1 tin susu cair
1 tin Fruit cocktail (asingkan sirap dan buahnya)

gula (ikut Citarasa masing2)

Cara2

masak agar2 dan air kedalam periuk. masak hingga agar2 betul2 larut. masukkan gula. bila gula dah larut masukkan sirap fruit cocktail. biarkan mendidih seketika. pastu masukkan susu cair. kacau sedikit dan masukkan buah-buahan tadi. kacau sikit, padam api. tuang dalam bekas. ikut suka bekas camner pun. sejukkan hingga beku.

Isnin, 13 September 2010

23 Ramadhan: Ikan Singgang

bahan2
1 ekor ikan tongkol dipotong dan dibersihkan
1 inci kunyit*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
2 keping asam keping
garam
perasa
air

methods
mayang bahan2 *. masukkan semua bahan dalam periuk. masak hingga kuah tinggal separuh ikan. kalau nak pedas, masukkan 3 tangkai cili api. ikan singgang memang sedap kalau dimakan bersama budu... 1st class gitu

Tak Boleh Jadi Ni!

Nama saya Muhammad Afy Qusyairie bin Ali. Saya ada citer nak bg tau.



Ini botol susu Afy. Dulu Afy minum susu Anmum Essential. Tapi sekarang mama dah tukar susu lain plak, dutch lady 123 coklat.

Ini tidak adil!!! kenapa bagi Afy susu lain?!

Tapi susu baru ni pun sedap jugak rasa dia. Boleh lah....

Afy mesti buat sesuatu untuk meluahkan perasaan tak puas hati.


okey!! dah dapat idea!

Line clear........

he.. he.. he..

Afy nak pancitkan tayar lori papa..

Susah jugak nak pancitkan tayar lori yer..

Kita minum dulu!!! sambil2 tu Afy fikir plan B plak

Isnin, 6 September 2010

22 Ramadhan: Ayam Percik Nenek Afy

Bahan-bahan

1 ekor ayam yang di buang kulit (potong 4 dan kelarkan sikit) dilumur dengan sedikit garam dan kenyit serbuk. perap 1/2 jam.
200ml santan pekat
4 ulas bawang merah*
2 batang serai*
1/2 inci halia*
1 sudu besar cili giling
1 sudu teh asam jawa (jangan bancuh ngan air)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
perasa

Cara-cara

tumbuk bahan* hingga lumat. satukan bahan kisar, santan cili, asam jawa, gula, garam dan perasa. Panggang ayam hingga masak. kalau kita tak buang kulit ayam nanti ayam jadi hitam. kalau tak caya, try le..tuang kuah tadi atas ayam panggang. tuang sikit2. pusing belah satu lagi, tuang pulak sikit. ulang sampai habis kuah tadi. biarkan hingga ayam nampak berkilat dan masak. seeloknya guna dapur arang. baru ada umph!! waktu kita nak tuang kuah tu, pastikan arang dah tinggal bara je. kalau api kuat lagi nanti hangus sebab kuah tu manis sikit.

Ahad, 5 September 2010

Harta Dunia

1st
Setiap kali lalu kat depan show room bmw kat simpang nak g tanjung lumpur, memang tak berkelip mata. Terbeliak lah, senang cite!

Time tu, org nak ckp ape pun tak kisah dah.
Yang penting boleh berangan nk beli keta ni... bila lah nak jadi kenyataan.

2nd
Kalau nak g berkelah memang syok kalau ada alphard. leh gi Air Terjun Panching, Pantai Teluk Cempedak... Semua orang leh ikut. ma, ayah, mak mertua, bapak mertua, anak2 buah dan sekampung lah!
Tapi kalau setakat makan gaji, buleh ke nak pakai keta ni? Tapi tak per. Usaha tangga kejayaan.


2 dalam 1

Akak confirm yang korang tahu ini ialah pengukus. Akak punye pun ada 4 item jugak
1. penutup/ tudung
2. periuk berlubang
3. periuk berlubang
4. periuk untuk air
kalau akak nak kukus ape2 kan, akak guna semua item dia.
tapi kalau akak nak bakar ape2 kan... jeng jeng jeng!!! akak tak pakai item ke empat. So sekarang pengukus dah jadi oven.. Jimat duit, tak payah nak beli oven. Leh simpan duit dlm tabung haji.